Fernandes didukung oleh ibunya, Ena Fernandez. |
Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE dilahirkan pada 30 April 1964 dan berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau dilahirkan di dalam keluarga campuran Portugis Goa (India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama Dr. Stephen Edward Fernandes (meninggal) dan ibunya pula bernama Ena Dorothy Fernandes. Semasa kecil lagi, beliau sentiasa mengikuti ibunya iaitu seorang peniaga , ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware.
Pada usia 13 tahun beliau melanjutkan persekolahan di England pada tahun 1977 dan seterusnya memperoleh segulung ijazah daripada London School Of Economics pada tahun 1987.
Zaman Muda Fernandez |
Selepas
memperolehi ijazah, beliau memasuki alam pekerjaan dengan berkhidmat sebagai
juruaudit di Virgin Airlines tetapi tidak lama kerana seterusnya dari tahun
1987 sehingga tahun 1989 beliau menjadi pegawai kewangan kepada Virgin Records
sebuah syarikat yang dimiliki oleh Richard Branson di London. Sekembalinya
beliau ke Malaysia pada umur 27 tahun selepas 14 tahun berada di perantauan,
beliau menjadi pengarah urusan termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.
Sewaktu bertugas di syarikat tersebut , beliau berjaya mencetus suatu
‘Revolusi’ dalam musik etnik,nasyid dan dangdut ke dalam arus perdana musik
tanah air Malaysia.
Tan Sri Tony Fernandes telah diterima sebagai Ahli Bersekutu
Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA)
pada tahun 1991 dan menjadi Ahli Fellow pada tahun 1996. Walaupun seorang
akauntan, beliau merupakan gitaris amatur dan juga telah mencapai gred 8 piano
yang mana kecenderungan musiknya kelihatan. Dari tahun 1992 sehingga 2001,
beliau menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi kumpulan Warner
Music.
Apabila Time
Warner Inc. bergabung dengan America Online, beliau meninggalkan syarikat
tersebut bagi mengejar impian dan cita-citanya untuk menubuhkan sebuah syarikat
penerbangan bajet.
No comments:
Post a Comment